Welcome

Welcome

Ahad, 3 Oktober 2010

PRS SBPIBR Cemerlang di Karnival Kerjaya SBP 2010




Tahniah kepada pelajar PRS Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu kerana telah menjuarai dua kategori pertandingan sempena Karnival Hari Pendidikan Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak Pekan Pahang yang baru lalu.
Dalam pertandingan tersebut,SBPIBR berjaya menjadi Johan Folio Kerjaya dan Johan Inovasi PRS yang melibatkan penerokaan kerjaya dalam bidang penyedidikan Mardi dan mereka-cipta Robot Kerjaya yang diberi nama ROKER.
Lain-lain keputusan adalah seperti berikut:
Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya - Johan: SESTER Kedua: SMS Syed Putra Perlis Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya - Johan: SBPI Gopeng Kedua: SHAH Pekan Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Pertandingan Folio Kerjaya - Johan: SBPIBR Kedua:SMS Kuala Selangor Ketiga: Sekolah Seri Puteri.
Pertandingan Inovasi PRS - Johan: SBPIBR Kedua: SBPI Sabak Bernam Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Juara zon keseluruhan dimenangi oleh Zon Timur !!!

Sabtu, 28 Ogos 2010

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI






Kami guru UBK mengucapkan tahniah kepada MOHAMMAD KHAZAIDI BIN KAMARUDDIN ( Pelajar SBPIBR 2003 - 2007 ) kerana menjadi Melayu pertama sebagai President of OXCEL young leaders Club.

OXCEL - The Oxford Centre for Leadership United Kingdom.

Ahad, 22 Ogos 2010

PERMOHONAN KE UITM SESI DISEMBER 2010

MAKLUMAN...
Permohonan ke program PRA DIPLOMA, ASASI, DIPLOMA dan IJAZAH ke UITM bagi sesi desember 2010 boleh mulai membuat permohonan pada 16 Ogos 2010 di laman Web - http://online.uitm.edu.my/

Bagi yang telah membuat permohonan sila maklumkan nama penuh dan no.kp ke Cikgu Norhasnida Ramli selewat-lewatnya 12 SEPTEMBER 2010.

Berbanyak terima kasih atas kerjasama.

Rabu, 11 Ogos 2010

Mesyuarat Karnival Kaunseling Dan Kerjaya SBP Zon Timur



Mesyuarat GBK SBP Zon Timur kali 2 / 2010 ini telah dijalankan di SBPIBR yang disertai seramai 14 orang GBK dari negeri Pahang , Terengganu dan Kelantan.
Penyertaan SBP Zon Timur dalam Karnival Kaunseling Kerjaya SBP Kebangsaan yang dijangka berlangsung di SBPI Pekan pada bulan september ini adalah seperti berikut:
i. Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya diwakili oleh SMS Pasir Putih dan SHAH Pekan.
ii. Pertandingan Polio Kerjaya diwakili oleh SBPIBR dan SESTER.
iii. Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya diwakili oleh SESTER dan SESMA.
iv. Pertandingan Inovasi PRS diwakili oleh SBPIBR dan SBPI Pekan.
Goodluck SBP Zon Timur !

Isnin, 2 Ogos 2010

105 pelajar elit lawat SBPIBR


Seramai 105 pelajar elit UPSR daerah Setiu telah datang melawat SBPIBR sebagai motivasi diri sebelum menempuh peperiksaan UPSR bulan depan.
Pengisian program diurus dan dikendalikan sepenuhnya oleh ahli PRS Tingkatan 1 dan 2 sekolah ini.Tahniah kepada PRS !

Kursus Kepemimpinan PRS SBP Terengganu


Seramai 120 ahli Pembimbing Rakan Sebaya menyertai Kursus Kepemimpinan PRS SBP peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Taman Pertanian Sekayu,Hulu Terengganu pada 29 - 31 Julai 2010 lalu.

Mereka yang terlibat dari SM Sains Kuala Terengganu,SM Sains Sultan Mahmud,SM Sains Dungun dan SBP Integrasi Batu Rakit.Turut sama menyertai kursus ini adalah ahli PRS dari SMKA Sultan Ismail Dungun dan wakil negeri Pahang iaitu SBP Integrasi Tun Razak,Pekan.

Antara program kepemimpinan yang telah disertai oleh peserta kursus termasuklah ;

i. Mengikuti ceramah peranan serta fungsi PRS oleh GBK Cemerlang SBPIBR.

ii. Simulasi pengucapan awam berkesan oleh GBK Cemerlang SBPITR.

iii. Bengkel Etika Dan Protokol oleh GBK Cemerlang SESMA.

iv. Program Outreach (menemu-bual) pengunjung di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu.

v. Kembara ke Taman Tema Jabatan Pertanian Sekayu.

vi. Mengurus program nightwalk dan BBQ.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Md.Almeida bin Mohamad (Timbalan Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Terengganu).

Tahniah kepada kumpulan Malaysia Berjaya!!

Rabu, 21 Julai 2010

GURU b&k SBPIBR....

Inilah barisan guru bimbingan dan kaunseling SBPIBR .....2010
1. En.Awang bin Endut
2.Cik Norhasnida bt Ramli@Sulong
3.Pn.Fatma Aini bt Ariffin