Welcome

Welcome

Rabu, 21 Julai 2010

GURU b&k SBPIBR....

Inilah barisan guru bimbingan dan kaunseling SBPIBR .....2010
1. En.Awang bin Endut
2.Cik Norhasnida bt Ramli@Sulong
3.Pn.Fatma Aini bt Ariffin

Lawatan Pelajar Projek Khas ke Gambang Water Park


Seramai 36 orang pelajar Projek Khas dari tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program lawatan ke negeri Pahang Darul Makmur selama dua hari.Turut sama dalam lawatan itu ialah Pn.Fatma Aini Ariffin,Cik Norhasnida Ramli,Encik Zaid bin Abdullah serta Encik Awang bin Endut.

Antara tempat yang dilawati ialah Galeri Perubatan Universiti Islam Antarabangsa cawangan Pahang,Kolam Memancing Ikan Air Tawar (KOMAT) Indera Mahkota serta Gambang Water Park di Gambang,Pahang.

Pelajar Projek Khas juga berkesempatan untuk membeli belah di East Cost Mall dan Giant Kuantan sebelum kembali ke SBPIBR melalui jalan Jerangau - Jabor.

Program CIMB Career Talk 2010


Satu program motivasi dan kenali haluan kerjaya perbankkan 2010 telah dilaksanakan pada 20 Julai lalu. Program yang disertai oleh semua pelajar tingkatan 5 dan 4 SBPIBR ini telah disampaikan oleh pegawai CIMB Kuala Lumpur Encik Azmiruddin bin Mohd Zaman,Manager Human Resource Managemant.




Turut sama dalam program ini adalah dalam kalangan pegawai-pegawai dari CIMB Kuala Terengganu serta semua guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Kesemua pelajar yang mengikuti program ini amat berpuas hati serta seronok menerima cenderamata dari pihak bank.




Karnival Kokurikulum SBPIBR 2010




Karnival Kokurikulum SBPIBR 2010 telah diadakan pada 13 - 14 Julai lalu dengan meriahnya. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Salleh bin Busu,Ketua Sektor , Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.








Tahniah ! kepada ahli Kelab Kerjaya dan ahli Kelab Pencegahan Jenayah serta semua guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini kerana telah berjaya mengondol hadiah tempat pertama dan tempat kelima bagi kategori Gerai Pameran Terbaik sepanjang karnival berlangsung.








Syabas dan tahniah juga kepada Bonda Pengetua dan semua guru serta pelajar atas kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan karnival yang julungkali diadakan secara besar-besaran ini.