Welcome

Welcome

Rabu, 21 Julai 2010

Lawatan Pelajar Projek Khas ke Gambang Water Park


Seramai 36 orang pelajar Projek Khas dari tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti program lawatan ke negeri Pahang Darul Makmur selama dua hari.Turut sama dalam lawatan itu ialah Pn.Fatma Aini Ariffin,Cik Norhasnida Ramli,Encik Zaid bin Abdullah serta Encik Awang bin Endut.

Antara tempat yang dilawati ialah Galeri Perubatan Universiti Islam Antarabangsa cawangan Pahang,Kolam Memancing Ikan Air Tawar (KOMAT) Indera Mahkota serta Gambang Water Park di Gambang,Pahang.

Pelajar Projek Khas juga berkesempatan untuk membeli belah di East Cost Mall dan Giant Kuantan sebelum kembali ke SBPIBR melalui jalan Jerangau - Jabor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan