Welcome

Welcome

Isnin, 2 Ogos 2010

Kursus Kepemimpinan PRS SBP Terengganu


Seramai 120 ahli Pembimbing Rakan Sebaya menyertai Kursus Kepemimpinan PRS SBP peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Taman Pertanian Sekayu,Hulu Terengganu pada 29 - 31 Julai 2010 lalu.

Mereka yang terlibat dari SM Sains Kuala Terengganu,SM Sains Sultan Mahmud,SM Sains Dungun dan SBP Integrasi Batu Rakit.Turut sama menyertai kursus ini adalah ahli PRS dari SMKA Sultan Ismail Dungun dan wakil negeri Pahang iaitu SBP Integrasi Tun Razak,Pekan.

Antara program kepemimpinan yang telah disertai oleh peserta kursus termasuklah ;

i. Mengikuti ceramah peranan serta fungsi PRS oleh GBK Cemerlang SBPIBR.

ii. Simulasi pengucapan awam berkesan oleh GBK Cemerlang SBPITR.

iii. Bengkel Etika Dan Protokol oleh GBK Cemerlang SESMA.

iv. Program Outreach (menemu-bual) pengunjung di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu.

v. Kembara ke Taman Tema Jabatan Pertanian Sekayu.

vi. Mengurus program nightwalk dan BBQ.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Md.Almeida bin Mohamad (Timbalan Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Terengganu).

Tahniah kepada kumpulan Malaysia Berjaya!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan