Welcome

Welcome

Ahad, 3 Oktober 2010

PRS SBPIBR Cemerlang di Karnival Kerjaya SBP 2010




Tahniah kepada pelajar PRS Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu kerana telah menjuarai dua kategori pertandingan sempena Karnival Hari Pendidikan Kerjaya SBP Peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak Pekan Pahang yang baru lalu.
Dalam pertandingan tersebut,SBPIBR berjaya menjadi Johan Folio Kerjaya dan Johan Inovasi PRS yang melibatkan penerokaan kerjaya dalam bidang penyedidikan Mardi dan mereka-cipta Robot Kerjaya yang diberi nama ROKER.
Lain-lain keputusan adalah seperti berikut:
Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya - Johan: SESTER Kedua: SMS Syed Putra Perlis Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya - Johan: SBPI Gopeng Kedua: SHAH Pekan Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Pertandingan Folio Kerjaya - Johan: SBPIBR Kedua:SMS Kuala Selangor Ketiga: Sekolah Seri Puteri.
Pertandingan Inovasi PRS - Johan: SBPIBR Kedua: SBPI Sabak Bernam Ketiga: Kolej Tengku Kursiah.
Juara zon keseluruhan dimenangi oleh Zon Timur !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan